Tuesday 17 April 2012

Jom Belajar Cakap Sabah

assalamualaikum dan salam sejahtera ..

firstly, thanks sebab sudi singgah di blog yang tidak berapa mengancam ni .. hehe ..
k, actually aku mahu ajar orang yang berada di bahagian Semenanjung Malaysia cara-cara cakap Sabah .. maybe ada yang tergerak hati mahu belajar cara percakapan orang Sabah kan, okey so let start our lesson ..


Penggunaan kata tambah -bah

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
  • Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
  • Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.
Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
Bah. - Baiklah 


Cara Penyampaian

Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'
  • pigi - pergi
  • sijuk - sejuk
  • bisuk - besok
  • mimang - memang
  • cilaka (silaka) - celaka
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'
  • kamarin - kelmarin
  • paning - pening
  • bali - beli
  • karbau/krabau - kerbau
  • tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
  • tambirang - Tembirang
  • sanapang - 'senapang
Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'
  • bula - bola
  • urang - orang
  • buduh - bodoh
  • munyit - monyet
Pertukaran 'c' kepada sebutan 's' Huruf 'c' sering ditukarganti kepada sebutan huruf 's' melibatkan hampir semua perkataan.
Pertukaran 'r' kepada sebutan 'l' Huruf 'r' sering ditukarganti kepada sebutan huruf 'l' seperti perkataan telur disebut 'telul'
Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.
  • slipar - selipar
  • krusi - kerusi
  • triak - teriak'
  • brani - berani
  • tlefon - telefon
  • skarang - sekarang
so, setakat ni ja lah yang dapat aku kongsikan dengan kamurang(korang) <--- sleng sabah .. hehe ..
thanks sebab sudi singgah ..