Sunday, 6 April 2014

Aku, Downy & Softlan.

Assalamualaikum w.b.t ~



Tadi ibu bawa dua orang adik lelaki aku masing-masing umur 9 dan 13 tahun. Maklum lah esok dah nak sekolah rambut pun dah panjang dan bekas sekolah aku dan juga tempat adik aku yang umur 13 tahun tu bersekolah sekarang peraturan tentang rambut memang strict. Kalau cikgu disiplin kata nak 2 inci, hah memang 2 inci la rambut kau. Memandangkan ayah aku takde kat rumah, dan aku pula memang tak pandai bab-bab mengunting rambut ni jadi ibu bawa la dorang ke kedai gunting rambut.


Aku ingatkan dorang pergi gunting rambut je, rupanya shopping terus. Alah shopping barang-barang dapur je. Memang dah jadi tabiat aku, kalau ibu dengan ayah balik dari shopping konfem aku akan buat spotcheck menyeluruh. Haha, nak cari makanan ler tu. Alih-alih aku jumpa Downy, perghh haruman menusuk ke kalbu beb sekaligus membangkitkan semula memori masa form 3. Hah, jadi sekarang tutup cerita pasal rambut adik aku dan shopping-shopping dorang.


Aku nak cerita pula pasal kenangan aku dengan kekasih hati aku iaitu Downy dan Softlan, dorang bermadu okay, ahaha. Cerita dia macam ni, waktu aku form 3 dulu aku suka datang awal pagi walaupun kelas sepatutnya mula jam 11(aku pun dah tak seberapa ingat). Sebelum jam 7 aku mesti dah ada dekat sekolah dengan member aku yang paling rapat masa tu, kami ni kira macam bestfriend lah. Kami datang awal pagi buat homework dekat surau, kadang takde homework pun kami datang awal. Saja je buang-buang masa dekat sekolah sambil buat kerja-kerja bodoh. Kehadiran kami berdua dekat surau tu seolah-olah menjadi minyak wangi, hah. Apa tak nya, pakaian sekolah kami rendam(di rumah masing-masing) dalam air downy atau softlan. Dah macam sekilo downy kami guna hanya untuk pakaian sekolah kami. Tah berapa helai je pakaian sekolah aku masa tu. Haha.


Sampai satu tahap ibu marah aku sebab aku ni selfish sikit, downy atau softlan guna sekilo cuma untuk pakaian sekolah aku sorang je padahal kalau di kira campur dengan baju sekolah adik aku boleh penuh satu bakul, hah. Softlan dengan dengan downy ni aku akan guna silih berganti, ahaha. Kalau masa tu ada downy, aku akan guna downy. Kalau ada softlan aku akan guna softlan. Tapi kalau ada kedua-duanya sekali, aku akan guna yang tahan lama punya haruman. konfem arh Downy, bau dia tahan lama sikit. Tapi kadang-kadang aku campur dua-dua, kononnya untuk menambahkan kekuatan harumannya. Haha. Aku bukan apa, muka aku dah lah macam tapak selipar jepun, kalau aku tak pakai wangi-wangi dah sah-sah lah takde yang nak dekat dengan aku. Orang cakap muka tak hensem/cantik tak ape, janji penampilan kena jaga.



Last sekali aku nak share tips sikit, baju yang dah kena rendam dengan downy atau softlan dan dah siap kering. Kalau korang nak haruman dia betul-betul keluar, gosokkan kain tu pakai tangan. Konfem bau dia keluar. Lagi satu kalau ada yang nak nila baju, nak bagi nila tu sekata. Sediakan air setengah baldi, titiskan nila mengikut kehendak sendiri dan tuangkan setengah atau satu penutup downy atau softlan. Lepas tu korang rendam la baju tu, lepas rendam sekejap dalam 10-15 minit macam tu, spin dalam washing machine and then keringkan la. Insyaallah, nila akan sekata. Takkan ada tompok-tompok biru lagi, cheh dah macam iklan. Aku rasa mungkin dah ramai tahu pasal ni. Takpe la, sharing is caring. Mungkin ada yang dah lupa atau ada yang tak tahu.





No comments:

Post a Comment