Saturday, 5 April 2014

Jenis-jenis ikan mas

Assalamualaikum w.b.t ~


Kali ni aku nak kongsikan tentang jenis-jenis ikan mas. Aku yakin sangat lah yang tak semua orang tahu jenis-jenis ikan mas ni. Bila ada orang tanya ikan mas ni apa nama, konfem korang akan jawab "ikan mas lah". Haaa, tak tahu nama ikan mas punya pasal. Entry ni pun aku buat supaya dapat kongsikan ilmu yang aku tahu, orang cakap 'sharing is caring'. Kalau korang nak tahu, ikan mas ni ada macam-macam bentuk dan warna. Ada yang mata besar, pipi kembung, ekor kipas dan banyak lagi lah. Hah, daripada korang baca bebelan aku ni bagus korang tengok gambar-gambar kat bawah ni. Cekidaut ~



1. Ikan mas biasa.








Ikan mas ni biasa je, ekor macam ekor ikan yang dekat pasar tu tak nampak lawa sangat tapi ia tetap cantik kalau buat haiwan perliharaan. Lagi lawa kalau letak dalam akuarium besar dengan bilangan yang banyak. Ikut kesesuaian akuarium lah. Ikan mas biasa ni boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk merah, oren/emas, putih, hitam dan kuning lemon.



2. Ikan mas Moor Hitam.







 
Ikan mas Moor Hitam adalah sejenis baka ikan mas hias dengan mata yang terkeluar. Ia juga dikenali sebagai popeye, teleskop, kuro demekin di Jepun dan mata naga di China.


3. Ikan mas Mata Buih.









Ikan mas ini memiliki mata yang mengarah ke atas. Matanya terkandung di dalam dua bebola cecair yang besar. Comel ikan ni, aku nak sangat beli ikan mas ni tapi ikan mas jenis Mata Buih ni aku belum jumpa dekat area aku tinggal sekarang. Tak pe nanti aku ambush semua pet store dekat area aku ni. Hehehe.




4. Ikan mas Mata Celestial 

 












Ikan mas Mata Celestial ni mempunyai ekor berkembar dan mata dia mirip dengan sepupu sepapat dia Ikan mas Mata Buih. 



5. Ikan mas Komet












Ikan mas Komet adalah baka hias yang paling biasa di Amerika Syarikat. Ia sama dengan ikan mas Biasa, kecuali memiliki saiz lebih kecil dan badan lebih kurus. Ia boleh dikenali oleh dengan ekor yang panjang dan ekor bercabang. Ikan mas Komet ni juga dipercayai hasil mutasi ikan mas Ryukin.




6. Ikan mas Ekor Kipas.


Ikan mas Ekor Kipas adalah bentuk barat bagi ikan mas Ryukin dan memiliki badan berbentuk telur, satu sirip dorsal yang tinggi, satu sirip bercabang empat yang panjang. Ikan ini tidak memiliki bongkok di bahu.



7. Ikan mas Ryukin.

 

Ikan mas Ryukin memiliki badan yang pendek, bulat dan bongkok di bahu. Tak sangka pula kan ikan pun ada bahu, ingatkan kita je yang ada bahu ;)

5 comments:

  1. ikan emas no.4 comel sgt... hihihii :)

    ReplyDelete
  2. ikan emas biasa yang pernah hana tengok. tapi ikan emas fames ngan mata bulat, comel2 gitu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. fyi ikan mas yg biasa, biasanya akan menjadi makanan ikan peliharaan yg lain. for example, ikan arowana. ikan mas yg mata bulat memang comel, lagi comel kalau plihara banyak2 :)

      Delete
  3. a'ah. tak dpt d nafikan, memang comel ikan mata bulat. ada jumpa dkat pet store haritu, tpi blum dpt beli. insyaallah, dalam masa terdekat akan tercapai impian nak miliki ikan tu. hehe~

    ReplyDelete