Thursday, 2 October 2014

Life in KML ~

Assalamualaikum w.b.t ~

Okay, first entry while in Labuan Matriculation College .. First impression "maaauuuu baliikkkk !" but yeahh, they said "tak kenal maka tak cinta" .. So, aku try la juga suai kan diri dekat sini . Mula-mula tu memang lah, tertekan yang amat sangat .. Bayangkan, in 18 years this is the first time I was apart from both my parents T.T 

But then, after awhile aku jumpa dengan kawan yang boleh dikatakan sehati sejiwa and it was my classmate .. Ohhh, forgot to mention that in my class there's only 3 boys including me and they're the one that I mentioned just now .. Enough about them, entry kali ni aku nak cerita pasal what I've been through while I'm here in Kolej Matrikulasi Labuan .. Next time aku ceritakan pasal dorang pula :)

Betul lah cakap orang, di matriks ni everything must be done on time .. Time is precious here, you can't waste it even a minute .. Tapi tahu je laa, teenager like me hard to manage time since I'm not good at time managing .. First week study, BOOOM ! assignment berlambak .. Arghhhh, stress .. tu belum di tambah dengan perangai manusia yang agak annoying sedikit and yeahh, maybe they don't know how to respect other's feeling .. But yeahh, nak tegur takut melukakan hati dorang pula kan, so the only way to keep on survive is just to ignore every single thing that annoyed me (O_<) fyi; not everyhting they do is annoyed me .. there's some that really getting on my nerve ..

Hidup dekat matriks ni tak lah susah macam yang aku bayangkan .. kalau dah tahu basic thing untuk survive, hahh tu dah kira okay lah tu . tahu macam mana nak bernafas, nak makan .. Hahh, memang bole survive la tu .. Hihihihiiii ~ tapi yeah, it's a normal thing kalau first time di tempat baru memang akan rasa awkward, blank dan yang sewaktu denganya lah .. 

Jadi nasihat aku untuk batch yang seterusnya, don't panic, keep calm and make yourself comfort .. Heehehe .. First tu memang la susah nak suaikan diri, but then after you guys dah jumpa kawan yang memang sesuai dengan identiti kamu, you won't feel frustrated anymore .. They said life is too precious to stressed yourself out, so yeahhh .. Just enjoy your life, no need to feel stress .. and I guess, that's all from me ..

#adios

Thursday, 24 April 2014

ditawarkan ke PM ? :D

Assalamualaikum w.b.t ~


Okay, hari ni aku tak nak membebel panjang-panjang . Just nak sharekan rasa excited dalam hati. Macam yang semua orang tahu, hari ni result permohonan ke program matrikulasi dah keluar dan aku telah ditawarkan ke Program Matrikulasi :D ~ Happy ? Of course la. Alhamdulillah, mungkin ini rezeki aku sebab haritu aku ada mohon ke IPG dan malangnya nama aku tak tersenarai dalam calon temu duga.

cekidaut ~



and I guess that's all for today. thank you :D

Friday, 11 April 2014

Mentally Exhausted ~



he's trying to act funny . even though deep inside, every pieces is starting to fall apart ~ he can't shed a tears, it makes him feels weak in front of everyone that he's respect . he can't fight back, because rudeness is beyond the limits ~ patience is the only thing that grow inside of him right now . whether today or tomorrow, will it end ? or never will .





Wednesday, 9 April 2014

Tidak tersenarai ? T.T ~

Assalamualaikum w.b.t ~



Kali ni aku nak kongsikan kekecewaan aku dalam blog ni, sedih yang teramat pedih. Seolah-olah aku tak boleh terima kenyataan. Silap aku juga, terlampau excited sangat nak isi borang sampaikan lupa nak baca syarat-syarat kelayakan dan terlalu meletak harapan yang tinggi. Dulu dah ada orang nasihat dah, jangan terlalu mengharap dan jangan letakkan harapan pada sesuatu perkara tu terlalu tinggi, kelak harapan tu hancur hati sendiri yang merana.



Rasa macam nak nangis pun ada. Dalam hal ni, jantan tak jantan bila apa yang kita hajati tak dapat air mata memang akan mencurah-curah. Haish, nasib baik ada member yang tak tersenarai juga macam aku ni hah, kurang sikit pedih dalam hati. Aku bukan gembira atas kegagalan orang lain, cuma tu lah rasa kecewa tu dapat di kongsikan bersama. Hrmm, apa-apa pun rezeki tu ada di mana-mana. Kegagalan itu langkah pertama kepada kejayaan.


Insyaallah, masih ada tempat buat diriku yang kerdil ini. Chewah ~

Sunday, 6 April 2014

Aku, Downy & Softlan.

Assalamualaikum w.b.t ~



Tadi ibu bawa dua orang adik lelaki aku masing-masing umur 9 dan 13 tahun. Maklum lah esok dah nak sekolah rambut pun dah panjang dan bekas sekolah aku dan juga tempat adik aku yang umur 13 tahun tu bersekolah sekarang peraturan tentang rambut memang strict. Kalau cikgu disiplin kata nak 2 inci, hah memang 2 inci la rambut kau. Memandangkan ayah aku takde kat rumah, dan aku pula memang tak pandai bab-bab mengunting rambut ni jadi ibu bawa la dorang ke kedai gunting rambut.


Aku ingatkan dorang pergi gunting rambut je, rupanya shopping terus. Alah shopping barang-barang dapur je. Memang dah jadi tabiat aku, kalau ibu dengan ayah balik dari shopping konfem aku akan buat spotcheck menyeluruh. Haha, nak cari makanan ler tu. Alih-alih aku jumpa Downy, perghh haruman menusuk ke kalbu beb sekaligus membangkitkan semula memori masa form 3. Hah, jadi sekarang tutup cerita pasal rambut adik aku dan shopping-shopping dorang.


Aku nak cerita pula pasal kenangan aku dengan kekasih hati aku iaitu Downy dan Softlan, dorang bermadu okay, ahaha. Cerita dia macam ni, waktu aku form 3 dulu aku suka datang awal pagi walaupun kelas sepatutnya mula jam 11(aku pun dah tak seberapa ingat). Sebelum jam 7 aku mesti dah ada dekat sekolah dengan member aku yang paling rapat masa tu, kami ni kira macam bestfriend lah. Kami datang awal pagi buat homework dekat surau, kadang takde homework pun kami datang awal. Saja je buang-buang masa dekat sekolah sambil buat kerja-kerja bodoh. Kehadiran kami berdua dekat surau tu seolah-olah menjadi minyak wangi, hah. Apa tak nya, pakaian sekolah kami rendam(di rumah masing-masing) dalam air downy atau softlan. Dah macam sekilo downy kami guna hanya untuk pakaian sekolah kami. Tah berapa helai je pakaian sekolah aku masa tu. Haha.


Sampai satu tahap ibu marah aku sebab aku ni selfish sikit, downy atau softlan guna sekilo cuma untuk pakaian sekolah aku sorang je padahal kalau di kira campur dengan baju sekolah adik aku boleh penuh satu bakul, hah. Softlan dengan dengan downy ni aku akan guna silih berganti, ahaha. Kalau masa tu ada downy, aku akan guna downy. Kalau ada softlan aku akan guna softlan. Tapi kalau ada kedua-duanya sekali, aku akan guna yang tahan lama punya haruman. konfem arh Downy, bau dia tahan lama sikit. Tapi kadang-kadang aku campur dua-dua, kononnya untuk menambahkan kekuatan harumannya. Haha. Aku bukan apa, muka aku dah lah macam tapak selipar jepun, kalau aku tak pakai wangi-wangi dah sah-sah lah takde yang nak dekat dengan aku. Orang cakap muka tak hensem/cantik tak ape, janji penampilan kena jaga.



Last sekali aku nak share tips sikit, baju yang dah kena rendam dengan downy atau softlan dan dah siap kering. Kalau korang nak haruman dia betul-betul keluar, gosokkan kain tu pakai tangan. Konfem bau dia keluar. Lagi satu kalau ada yang nak nila baju, nak bagi nila tu sekata. Sediakan air setengah baldi, titiskan nila mengikut kehendak sendiri dan tuangkan setengah atau satu penutup downy atau softlan. Lepas tu korang rendam la baju tu, lepas rendam sekejap dalam 10-15 minit macam tu, spin dalam washing machine and then keringkan la. Insyaallah, nila akan sekata. Takkan ada tompok-tompok biru lagi, cheh dah macam iklan. Aku rasa mungkin dah ramai tahu pasal ni. Takpe la, sharing is caring. Mungkin ada yang dah lupa atau ada yang tak tahu.





Saturday, 5 April 2014

Jenis-jenis ikan mas

Assalamualaikum w.b.t ~


Kali ni aku nak kongsikan tentang jenis-jenis ikan mas. Aku yakin sangat lah yang tak semua orang tahu jenis-jenis ikan mas ni. Bila ada orang tanya ikan mas ni apa nama, konfem korang akan jawab "ikan mas lah". Haaa, tak tahu nama ikan mas punya pasal. Entry ni pun aku buat supaya dapat kongsikan ilmu yang aku tahu, orang cakap 'sharing is caring'. Kalau korang nak tahu, ikan mas ni ada macam-macam bentuk dan warna. Ada yang mata besar, pipi kembung, ekor kipas dan banyak lagi lah. Hah, daripada korang baca bebelan aku ni bagus korang tengok gambar-gambar kat bawah ni. Cekidaut ~



1. Ikan mas biasa.








Ikan mas ni biasa je, ekor macam ekor ikan yang dekat pasar tu tak nampak lawa sangat tapi ia tetap cantik kalau buat haiwan perliharaan. Lagi lawa kalau letak dalam akuarium besar dengan bilangan yang banyak. Ikut kesesuaian akuarium lah. Ikan mas biasa ni boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk merah, oren/emas, putih, hitam dan kuning lemon.



2. Ikan mas Moor Hitam.







 
Ikan mas Moor Hitam adalah sejenis baka ikan mas hias dengan mata yang terkeluar. Ia juga dikenali sebagai popeye, teleskop, kuro demekin di Jepun dan mata naga di China.


3. Ikan mas Mata Buih.









Ikan mas ini memiliki mata yang mengarah ke atas. Matanya terkandung di dalam dua bebola cecair yang besar. Comel ikan ni, aku nak sangat beli ikan mas ni tapi ikan mas jenis Mata Buih ni aku belum jumpa dekat area aku tinggal sekarang. Tak pe nanti aku ambush semua pet store dekat area aku ni. Hehehe.




4. Ikan mas Mata Celestial 

 












Ikan mas Mata Celestial ni mempunyai ekor berkembar dan mata dia mirip dengan sepupu sepapat dia Ikan mas Mata Buih. 



5. Ikan mas Komet












Ikan mas Komet adalah baka hias yang paling biasa di Amerika Syarikat. Ia sama dengan ikan mas Biasa, kecuali memiliki saiz lebih kecil dan badan lebih kurus. Ia boleh dikenali oleh dengan ekor yang panjang dan ekor bercabang. Ikan mas Komet ni juga dipercayai hasil mutasi ikan mas Ryukin.




6. Ikan mas Ekor Kipas.


Ikan mas Ekor Kipas adalah bentuk barat bagi ikan mas Ryukin dan memiliki badan berbentuk telur, satu sirip dorsal yang tinggi, satu sirip bercabang empat yang panjang. Ikan ini tidak memiliki bongkok di bahu.



7. Ikan mas Ryukin.

 

Ikan mas Ryukin memiliki badan yang pendek, bulat dan bongkok di bahu. Tak sangka pula kan ikan pun ada bahu, ingatkan kita je yang ada bahu ;)

Entry Pertama sejak 9 Jun 2012 : SPM ?

Assalamualaikum w.b.t ~


Entry kali ni aku nak cerita pasal keputusan SPM aku. Nak cakap cemerlang, tak juga lah. Orang cakap, keputusan yang cukup-cukup makan. Apa pun, aku tetap bersyukur juga walau terselit rasa kecewa dalam hati.


Sebelum SPM aku memang dah target 5A, tak kisah la (+, -). Tapi target tak sampai. Fuhh, kecewa sampai hari ni. Erghhhh! Kadang-kandang stress kalau aku pikir balik-balik. Tapi nak buat macam mana kan, mungkin bukan rezeki aku. Insyaallah, kalau dapat further study nanti aku akan buat yang terbaik.


Sekian.